BALING: Seorang peniaga nasi lemak maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ketika cuba mengelak penutup lubang jalan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Kuala Ketil, Jalan Sungai Petani-Baling, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.17 pagi itu Siti Meriam Nordin, 40, yang beralamat di Kampung Surau Lorong Satu Mukim Siong, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepalanya. Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku…