SHAH ALAM: Seorang peniaga barangan lusuh berputih mata apabila wang tunai sebanyak RM200,000 baru dikeluarkan dari akaun bank disamun sekumpulan lelaki bersenjata dekat persimpangan berhampiran sebuah sekolah di Seksyen 33, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata kejadian berlaku ketika lelaki berusia 54 tahun itu sedang berhenti dekat sebuah persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 1.27 petang. Menurutnya, menerusi rakaman video kamera papan pemuka…