Jurutera Arab Saudi didakwa pasang peranti rakaman di pejabat OpenAI

Jurutera Arab Saudi didakwa pasang peranti rakaman di pejabat OpenAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Seorang jurutera warga Arab Saudi didakwa di mahkamah kerana memasang peranti rakaman secara sulit di pejabat OpenAI di California.

Abdulrahman Alfozan yang berkhidmat di syarikat kecerdasan buatan (AI) itu didakwa menggunakan atau cuba menggunakan peranti elektronik, mekanikal atau peranti lain untuk memintas komunikasi lisan.

OpenAI berkata, pihaknya menemukan alat perakam canggih yang disembunyikan di pejabat mereka di San Francisco dan segera memaklumkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat itu memaklumkan mereka menggunakan model AI sendiri untuk mengesan peranti tersebut diletakkan oleh seorang pekerja.

Menurut pihak pendakwa raya, peranti yang dibalut dengan tisu tandas itu ditemukan pada port USB di bahagian belakang televisyen dalam sebuah bilik mesyuarat eksekutif.

OpenAI, pengeluar kepada chatbot popular ChatGPT memaklumkan, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan kod sumber, berat model atau data pelanggan dicapai atau dicuri secara tidak wajar dalam insiden tersebut. Syarikat itu mengesahkan pekerja terbabit telah dipecat.

Menurut kertas pertuduhan, Alfozan didakwa menyembunyikan alat perakam sulit di dalam bilik mesyuarat eksekutif majikannya untuk merakam secara senyap komunikasi sensitif, kata Pengarah FBI Kash Patel dalam satu kenyataan motif perbuatan itu dipercayai bagi merakam maklumat berkaitan produk AI syarikat berkenaan.

Alfozan bekerja sebagai jurutera di OpenAI sejak Julai 2025, menurut pihak pendakwa.

Menurut FBI, suspek menggunakan alat produktiviti dan bot sembang untuk mengkaji lokasi sensitif di OpenAI serta cara meletakkan peralatan audio secara tersembunyi.

Antara prompt bot sembang yang didakwa dicari oleh suspek termasuklah cara membina, menyesuaikan, memasang, merakam audio, menguji, mengaburkan serta mengakses peranti dari jauh.

Suspek juga dituduh menggunakan bot sembang untuk bertanya tentang cara membina peranti perakam audio berterusan, enyesuaikan sambungan Wi-Fi, menambah baik audio dan pendengaran secara langsung serta penyulitan kad SD.

Pada 5 Oktober, pendakwa raya berkata suspek kembali untuk memeriksa peranti tersebut di bilik pejabat itu di mana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya mengaitkannya dengan tempat kejadian.

Pada hari sama, Alfozan meninggalkan sebuah beg tanpa pengawasan di bahagian lain bangunan itu. Pasukan keselamatan OpenAI yang membuka beg tersebut menemui dompet dan kad pengenalan miliknya berserta satu lagi alat perakam yang hampir sama dengan peranti yang ditemui di bilik mesyuarat eksekutif sebelum itu.

Jika didapati bersalah, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda sebanyak AS$250,000 (RM1 juta). -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini