Jurutera pesawat maut dihempap jentera semasa bekerja - Utusan Malaysia

Jurutera pesawat maut dihempap jentera semasa bekerja

GAMBAR fail sebuah pesawat Virgin Atlantic mendarat di Lapangan Terbang Heathrow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang jurutera pesawat berusia 23 tahun maut selepas dihempap ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sebuah pesawat di Lapangan Terbang Heathrow, barat London.

Mangsa, Georgie Buxton sedang mengendalikan ujian penyelenggaraan pada pesawat Boeing 787 Dreamliner tetapi  sebuah jentera yang digunakan untuk bekerja secara tiba-tiba jatuh dan menghempapnya.

Pesawat milik syarikat penerbangan Virgin Atlantic itu kini tidak dibenarkan membawa penumpang.

Buxton mula berkhidmat sebagai juruteknik pesawat dengan syarikat tersebut sejak dua tahun lalu.

Menerusi hantaran di laman LinkedIn ketika menyertai syarikat itu sebelum ini, lelaki tersebut menulis adalah satu penghormatan dapat berkhidmat bersama semua jurutera dan mekanik di mana beliau dapat belajar’.

“Kini tiba masanya untuk saya melangkah ke hadapan bagi menimba ilmu dan pengalaman baharu pada kerangka pesawat yang berbeza,” tulisnya.

Buxton dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital selama empat minggu sebelum mesin bantuan hayatnya dipadamkan awal bulan ini. 

Satu sumber menyifatkan mangsa sebagai seorang ahli pasukan yang muda dan sangat disayangi di Virgin Atlantic.

Bercakap kepada akhbar The Sun, sumber berkenaan memberitahu bahawa seluruh warga Virgin berada dalam keadaan terkejut.

“Punca kematian masih belum dapat dipastikan secara jelas dan pihak berkuasa telah menggantung perkhidmatan pesawat berkenaan sehingga notis lanjut atas faktor keselamatan.

“Sebarang komponen logam berat tidak boleh dibiarkan jatuh daripada enjin pesawat tanpa siasatan. Pesawat itu sama sekali tidak dibenarkan untuk meneruskan penerbangan,” kata kenyataan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN