Penganggur ditahan miliki air, daun ketum - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan miliki air, daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur ditahan kerana memiliki 56 botol air ketum dan 15 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan Op Tapis, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, rampasan itu dibuat di sebuah rumah kosong di Kampung Pak Bang, di sini, pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek mengaku air dan daun ketum yang dirampas itu miliknya dengan bekalan daun ketum diperoleh dari daerah berdekatan.

“Bertindak atas risikan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

“Selain 56 botol cecair disyaki air ketum dan 15kg daun dipercayai daum ketum, beberapa peralatan lain turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Antaranya satu tong plastik, satu unit dapur memasak, satu tong gas, sebiji periuk dan satu alat penimbang dengan hasil rampasan dianggarkan RM2,100.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” karanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Azli, ujian saringan menunjukkan suspek positif bahan terlarang jenis methamphetamine dan memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN