PAC puji, tunggu hasil audit bebas HRD Corp

PAC puji, tunggu hasil audit bebas HRD Corp

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membentang penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) kepada pihaknya.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembentangan itu perlu dibuat apabila Kesuma dan HRD Corp dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan pada September ini.

Menurut beliau, PAC menyambut baik atas tindakan proaktif Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong melaksana pengauditan bebas terhadap HRD Corp berkaitan penemuan yang dilaporkan PAC dan Jabatan Audit Negara (JAN).

“PAC dimaklumkan Kesuma akan melantik firma audit bebas pada 31 Julai 2024 untuk melaksanakan pengauditan terhadap HRD Corp dan ia adalah langkah tepat yang diambil dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Syarikat Jaminan Kerajaan (CLBG) itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kata Mas Ermieyati, walaupun isu dibangkitkan dPAC dan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan ketika Chee Keong menjadi Menteri di Kesuma, tetapi kesanggupan beliau untuk membuat keputusan melantik firma audit untuk melakukan pengauditan berdasarkan penemuan PAC dan JAN perlu menjadi contoh kepada menteri lain.

“Langkah proaktif Kesuma  itu membuktikan bahawa Menteri Sumber Manusia baru-baru ini, berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran,” katanya. 

Chee Keong dalam kenyataan semalam mengumumkan Kesuma akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi melakukan audit bebas ke atas HRD Corp.

Tindakan itu diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses berkenaan.

Jelasnya, audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta sebarang garis panduan dalam isu dibangkitkan dalam laporan JAN dan PAC.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN