PETALING JAYA: Management and Science University (MSU) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasakan bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penyelidikan. MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama pintar awam-swasta itu menyediakan platform dan rangka kerja dalam memperkasakan perkongsian rentas disiplin antara MSU dan UTHM. “TVET merupakan proses pendidikan dan latihan berfokuskan ke arah pekerjaan selain menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan…