KUALA LANGAT: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut selepas tergelincir dan kepalanya terkena bucu longkang di Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang di sini, semalam. Mayat mangsa berusia 32 tahun itu dijumpai terbaring di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah rendah agama tersebut, kira-kira pukul 8.20 malam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pemeriksaan polis mendapati mangsa cedera di belakang kepala apabila disyaki tergelincir…