KPDN periksa 21,038 premis, harga barang terkawal

KPDN periksa 21,038 premis, harga barang terkawal

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21, 038 premis diperiksa setakat semalam (28 Julai) bagi memastikan harga barangan terkawal dijual pada harga munasabah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak 19 premis telah dikeluarkan surat untuk hadir ke ibu pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan menjelaskan alasan harga barangan dinaikkan secara mendadak.

“Sebab itu saya katakan, ada tindakan dan susulan yang kita lakukan, dan kita akan buka kes siasatan jika perlu, malah akan dikenakan hukuman mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatatan 2011,” katanya di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau  menjawab soalan tambahan Senator Salehuddin Saidin yang meminta kementerian menjelaskan bentuk tindakan terhadap 21,038 premis yang telah diperiksa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN