KULIM: Salah seorang mangsa dua beradik yang kritikal akibat termakan keropok mengandungi racun tikus dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), pagi ini. Mangsa, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 pagi setelah terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke HPP, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Azizul Mohd. Khairi mengesahkan perkara itu. Sementara itu, adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2,…