Kerajaan teliti garis panduan kutipan derma

Kerajaan teliti garis panduan kutipan derma

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti untuk menetapkan garis panduan bagi pihak yang ingin membuat kutipan derma, susulan isu penyelewengan derma awan melibatkan pempegaruh baru-baru ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan melihat bentuk garis panduan yang boleh diwujudkan.

Katanya, garis panduan penting untuk memastikan amanah diberikan oleh orang awam kepada mana-mana individu tidak dikhianati.

“Ini adalah isu amanah yang diberikan. Makannya, bila sumbangan awam telah diberikan kepada pempengaruh, tujuannya supaya sampai kepada golongan sasaran.

“Apabila kepercayaan telah diberikan kepada pempengaruh, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Jika tidak, ia akan berlaku pengkhianatan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Zakat Korporat 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Suspek disyaki menyeleweng dana derma awam terbabit dalam aktiviti itu sejak 2020 dan dipercayai sudah mengutip derma dianggarkan mencecah RM3 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×