Kastam rampas 16 kenderaan mewah lari cukai RM2.3 juta

Kastam rampas 16 kenderaan mewah lari cukai RM2.3 juta

ANTARA kenderaan import yang dirampas ialah Mercedes Benz, BMW dan Audi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 buah kereta mewah pelbagai model melibatkan cukai lebih RM2.3 juta disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi Rabu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati 16 unit kenderaan import itu tidak membayar cukai selain disimpan melebihi tempoh 48 bulan yang dibenarkan.

“Dalam serbuan JKDM zon tengah WPKL mendapati kenderaan import tersebut melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 65(2) dan Seksyen 65(5) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu sidang media di Kompleks Kastam, Kelana Jaya disini.

Antara kenderaan import yang dirampas ialah Mercedes Benz, BMW dan Audi.

Menurut beliau, modus operandi syarikat tersebut tidak mengikrarkan kepada kastam jumlah kenderaan yang masih belum dibayar cukai dan cuba mengaburi mata pihak berkuasa di sebalik lesen import yang tamat tempoh.

“Syarikat juga gagal menjelaskan tungakkan cukai kenderaan import serta menyalahgunakan kemudahan pengecualian cukai yang diberikan,” katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti sama ada kesemua kenderaan tersebut mempunyai permit import atau tidak.

“Kes ini disiasat mengikut seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN