Kapal berlanggar di Johor, tiada kesan tumpahan minyak

Kapal berlanggar di Johor, tiada kesan tumpahan minyak

TIADA kesan tumpahan minyak dikesan di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, Johor selepas pelanggaran kapal pada 20 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kesan tumpahan minyak di kawasan pelanggaran kapal MT Hafnia Nile di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, Johor pada 20 Julai lalu.

Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Johor, Nurhuda Ibrahim berkata, hasil dapatan yang diperoleh Jabatan Alam Sekitar Johor itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) tidak terlibat dalam siasatan insiden tersebut dan carilamat.

Menurut  beliau, DOF belum menerima sebarang aduan daripada nelayan yang terjejas akibat insiden tersebut.

“Bagaimanapun,  DOF bersedia untuk bertindak jika terdapat maklumat terkini mengenai insiden tersebut,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nurhuda berkata, bagi nelayan zon A yang berada dalam lingkungan 5 batu nautika, mereka dinasihatkan untuk berwaspada.

“Mereka perlu ambil langkah berjaga-jaga sewajarnya sehingga situasi ini diselesaikan oleh pihak berkaitan,” ujarnya.

Media Singapura sebelum itu melaporkan Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura berhubung operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari kru dua kapal tangki minyak selepas kedua-dua kapal itu terbakar di perairan Singapura.

MPA dilaporkan mendakwa kedua-dua kapal tangki itu berada dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Singapura, kira-kira 55 kilometer (km) dari timur laut Batu Putih.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim dilaporkan berkata, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili di sini bagi mengkoordinasikan pencarian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×