Lori tangki terbabas, dua jam pemandu tersepit, minyak melimpah

Lori tangki terbabas, dua jam pemandu tersepit, minyak melimpah

Pemandu tersepit
PASUKAN bomba menyelamatkan seorang pemandu lori yang tersepit dan membersihkan tumpahan minyak di atas jalan selepas kenderaan tersebut terbabas dekat selekoh Batu 7, Jalan Klang - Teluk Intan, di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang pemandu kenderaan perdagangan berdepan detik cemas kira-kira dua jam selepas tersepit akibat lori tangki yang dipandunya terbabas dekat selekoh Batu 7, dekat Jalan Klang – Teluk Intan, Tanjong Karang, di sini, tengah malam tadi.

Kemalangan terabit juga melibatkan tumpahan minyak pada permukaan jalan di kawasan berkenaan dan turut melimpah di kawasan tanah lapang serta laluan masuk ke sebuah rumah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.58 tengah malam sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mangsa seorang lelaki berusia 30-an berjaya dibawa keluar dan diselamatkan pada pukul 2.51 pagi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori tangki membawa minyak dipercayai minyak hitam terpakai terbabas dan terbalik.

“Terdapat seorang mangsa lelaki melayu berumur 30an telah tersepit. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ashrul Riezal menambah, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan, sementara kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak dilakukan dengan bantuan sebuah Fire Rescue Tender (FRT).

“Seramai tujuh termasuk pegawai dan anggota terlibat dalam operasi tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN