KUALA LUMPUR: Hasil negara akan berkurangan manakala hutang bertambah sekiranya kerajaan tidak melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan justeru telah melakukan pelbagai langkah termasuk mengurangkan pembaziran dan melaksanakan perbelanjaan berhemah. Namun beliau menjelaskan, buat masa ini belum ada kata putus mengenai penyasaran subsidi RON95 kerana kerajaan sedang memfokuskan rasionalisasi diesel terlebih dahulu. “Belum ada lagi, tiada bangkit (pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95), belum ada…