Harith Iskander dan bekas isteri sepakat besarkan anak secara bersama - Utusan Malaysia

Harith Iskander dan bekas isteri sepakat besarkan anak secara bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kedua pihak bersetuju membesarkan anak-anak mereka secara bersama.”

Berikut respons peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader mengenai hak penjagaan anak-anak kepada bekas pasangan suami isteri, Harith Iskander dan Dr. Jazemine Lim yang diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Pagi tadi.

Menurut Akberdin, Harith dan Dr. Jazemine bersetuju terhadap semua terma yang ditetapkan dan mendapat hak penjagaan sama rata ke atas ketiga-tiga anak mereka.

“Tiada sebarang pertikaian dibangkitkan kedua pihak.

“Hari ini defendan dan plaintif rakamkan persetujuan untuk dijadikan sebagai perintah mahkamah.

“Yang telah mereka persetujui semuanya telah dirakamkan di hadapan hakim. Tidak ada apa-apa lagi isu tertunggak semua sudah selesai,” katanya.

Bekas pasangan suami isteri itu pada 25 Julai lalu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, di sini.

Lafaz cerai itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd. Ali sekitar.

Jezamine pada 25 Jun lalu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di mahkamah yang sama.

Harith, menerusi podcast sebuah portal berita memaklumkan keretakan rumah tangga mereka adalah berpunca daripada kesilapan dirinya selain keputusan untuk bercerai adalah atas persetujuan bersama.

Untuk rekod, Harith dan Dr. Jazemine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, Alessandra Jayne dan Zydane Zayne.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×