Datuk diberkas rogol cucu tiri - Utusan Malaysia

Datuk diberkas rogol cucu tiri

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang datuk diberkas polis selepas dipercayai merogol cucu tiri perempuannya berusia 14 tahun di daerah ini sejak 2021.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia lingkungan 50an itu telah ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi sejurus selepas pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian rogol itu berlaku ke atas mangsa bermula pada tahun 2021 di sebuah rumah di daerah besut.

“Suspek juga sebelum ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya.

Menurut beliau, perintah reman ke atas suspek telah dimohon di Mahkamah Majistret Daerah Besut dan dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Abdul Rozak berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 376 kanun keseksaan.

Dalam pada itu beliau turut memberi peringatan agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah boleh melaporkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-695622,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN