NIBONG TEBAL: Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, 56, semalam melancarkan manifesto berteraskan ‘KERJA’ dalam usaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Bakap menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Sabtu ini. Huruf K dalam akronim ‘KERJA’ itu bermaksud Khidmat Kepada Masyarakat dan antara iltizam yang terkandung meliputi penyediaan dua buah pusat khidmat masyarakat bagi memudahkan penduduk mendapatkan bantuan selain menggerakkan sukarelawan komuniti untuk…