50 aduan kes menghendap tahun ini - Nancy

50 aduan kes menghendap tahun ini – Nancy

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 50 laporan berkaitan aduan kes menghendap termasuk empat membabitkan pelaku wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, 43 daripada kes membabitkan pelaku lelaki dan empat laporan dibuat terhadap empat wanita manakala jantina tiga lagi pelaku tidak dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, jumlah laporan terbabit diterima setakat 31 Mei lalu dengan pendakwaan pertama bagi kesalahan itu dibuat pada Ogos tahun lalu.

“Ada jantina dan umur pelaku tidak dapat dikenal pasti kerana pelbagai faktor. Antaranya kerana perlakuan jenayah menghendap dilakukan secara dalam talian.

“Bagi pecahan pelaku mengikut umur, seramai 30 orang berumur 18 tahun dan ke atas, 20 aduan tidak diketahui umur dan tiada pelaku berumur bawah 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang menanyakan kajian dan statistik mengikut jantina, demografi dan umur pelaku Akta Anti-Menghendap dan Akta Gangguan Seksual.

Nancy berkata, Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) dikuatkuasakan sepenuhnya pada 8 Mac lalu dan sehingga 8 Jun tahun ini, sebanyak empat aduan gangguan seksual diterima oleh Tribunal bagi Antigangguan Seksual.

“Pecahan data menunjukkan bagi keempat-empat aduan, pelaku atau respondennya adalah lelaki berumur 18 tahun ke atas. Sejak pengoperasian Tribunal bagi Antigangguan Seksual, sesi pendengaran kes kali pertama dibuat pada 23 Mei 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN