Suhaili tidak mahu ulas, tunggu sidang Dewan Rakyat

Suhaili tidak mahu ulas, tunggu sidang Dewan Rakyat

SUHAILI ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menunggu keputusan Speaker Dewan Rakyat berhubung isu keahlian partinya menjelang sidang Parlimen hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman berkata, tidak ada yang perlu dikatakan berkenaan terhentinya keahlian beliau dalam Bersatu.

“Saya tidak mahu ulas ber­kenaan perkara ini. Sudah lapan bulan isu ini berlaku. Kita tunggu sahaja sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, enam wakil rak­yat Bersatu mengesahkan menerima notis daripada parti itu berhubung keahlian mereka terhenti serta merta pagi kelmarin menerusi emel dan WhatsApp.

Notis terhenti keahlian serta-merta diserahkan kepada enam wakil rakyat Bersatu yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penyerahan notis yang dibuat selaras arahan Maj­lis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat 7 Jun lalu dan setelah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat pada 11 Jun.

Mengulas lanjut, Suhaili yang juga bekas Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan berkata, kedudukan kerusinya dalam persidangan Dewan Rakyat akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul.

“Kedudukan kerusi saya masih di pihak pembangkang, untuk apa saya duduk di te­ngah? Biar Speaker Dewan Rakyat yang tentukan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN