Macam mana pelabur asing nak yakin? Soal Wan Saiful

Macam mana pelabur asing nak yakin? Soal Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejatuhan Malaysia dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024 menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam mentadbir negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kejatuhan ranking kepada tangga ke-34 itu menunjukkan kerajaan tidak kompeten.

Menurut beliau, perkara tersebut membuktikan Malaysia semakin hilang daya saing.

“Tidak kompetennya Anwar dalam mentadbir ekonomi negara menyebabkan perkara ini berlaku. Hala tuju negara, tak tahu ke mana. Kita perlu persalahkan Anwar dalam hal ini.

“Anwar sebagai Perdana Menteri selalu berjalan ke sana ke sini memberitahu negara yang dia pimpin adalah negara yang korup.

“Kalau Perdana Menteri sendiri mengatakan negara sendiri adalah buruk, bagaimana pelabur-pelabur asing nak yakin kebolehan dan kemampuan negara kita?” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Malaysia jatuh tujuh tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, kepada kedudukan ke-34, sementara Singapura kekal di tempat teratas.

Malaysia juga turun empat anak tangga ke tempat ke-10 daripada 14 negara Asia Pasifik dan paling rendah berbanding Thailand (25) dan Indonesia (27), namun lebih tinggi berbanding Filipina (52).

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, Perdana Menteri akan mengambil sikap tidak peduli dan ia akan dijadikan sebagai alasan.

“Kita ada kepimpinan yang tidak kompeten dan tidak kisah kedudukan negara akibat daripada tidak kompeten mereka ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN