Kerjasama Tabung Haji, Masyariq lancar urusan jemaah Malaysia

Kerjasama Tabung Haji, Masyariq lancar urusan jemaah Malaysia

ALI HUSSEIN AL BUNDUNGI l
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Kejayaan pengurusan haji bagi jemaah Malaysia melibatkan syarikat Masyariq Hol­dings dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terjalin menerusi kerjasama berpasukan serta perkongsian bagi merancang persiapan yang berkesan.

Pengerusi Lembaga Pengarah al-Masyariq al Masiyah, Ali Hussein Al Bundugi berkata, kerjasama jangka panjang ini membolehkan perancangan strategik dibuat secara komprehensif untuk memastikan segala keperluan jemaah haji dipenuhi.

“Ini bermakna kedua-dua pihak dapat menjangka keperluan dan cabaran masa depan, menjadikannya lebih mudah untuk menanganinya secara proaktif.

“Dengan kerjasama jangka panjang yang stabil, organisasi dapat mengagihkan sumber de­ngan lebih berkesan, termasuk pelaburan kewangan, kakitangan dan masa, sekali gus memastikan semua bidang yang diperlukan mendapat sokongan yang mencukupi,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ali Hussein berkata, persiapan awal dan kerjasama berterusan membantu memastikan semua keperluan pematuhan dan pensijilan dipenuhi.

Menurutnya, ia penting untuk mengekalkan standard dan mendapatkan kelulusan yang diperlukan.

“Contohnya, kerjasama ini membuahkan hasil apabila kami diberi penghormatan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk memilih lokasi perkhemahan di Arafah dan Mina. Ia memberi kelebihan yang besar kepada kami dan TH.”

“Selain itu, kita dapat membuat beberapa penambahbaikan dan mewujudkan persekitaran inovasi seperti karpet dari hujung ke hujung di kedua-dua tapak perkhemahan, unit-unit pendingin hawa sebagai tambahan kepada yang dibekalkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan stesen-stesen air minuman panas dan sejuk,” jelasnya.

Kerjasama jangka panjang ini juga dapat membantu membantu mengenal pasti kemungkinan risiko-risiko, sekali gus memboleh­kan syarikat mengatur strategi untuk mengatasi masalah pada masa akan datang dan memastikan operasi yang lancar.

Kerjasama ini berjaya membuktikan keupayaan Tabung Haji sebagai organisasi yang mantap untuk menguruskan jemaah haji sehingga diiktiraf seluruh dunia.

Dalam pada itu, Pusat Meteo­rologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menjangkakan cuaca di Mekah mampu mencapai ke tahap ekstrem panas dan kering dalam tempoh musim haji ini.

Memetik laporan portal Arab News, purata suhu maksimum dijangka mencecah antara 45 hingga 48 darjah Celsius pada sebelah petang.

Keadaan di Mekah juga dijangka panas dan kering pada waktu siang manakala sederhana ketika malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN