PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menafikan tuduhan kononnya berlaku kesilapan dalam proses tatacara pindaan Perlembagaan parti itu dan pendaftaran keahlian seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari. Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Jun lalu, proses dan tatacara permohonan pindaan Perlembagaan dikemukakan parti itu dilaksanakan dengan teratur mengikut lunas Perlembagaan…










