Dua penjenayah maut ditembak aktif samun di Perak

Dua penjenayah maut ditembak aktif samun di Perak

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Dua penjenayah yang ditembak mati di Hentian Sebelah Tanjung Malim (Kilometer 396.5 arah utara) malam tadi aktif menyamun di sekitar Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga masih menyiasat pembabitan mereka dalam kumpulan kongsi gelap.

Dalam kejadian pukul 11.32 malam tadi, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Perak mengekori kereta Proton Waja warna kelabu dalam keadaan mencurigakan. 

Apabila menyedari diekori, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuh Raya Utara Selatan. 

Pasukan polis berjaya menghentikan kenderaan suspek di Hentian Sebelah Tanjung Malim.

Suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. 

Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek dalam kenderaan berlumuran darah dan sudah meninggal dunia. 

Kedua-dua suspek merupakan lelaki tempatan dan salah seorang mempunyai 23 rekod jenayah lampau Manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identiti.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×