PETALING JAYA: Semakan pihak polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahan tartrazin yang terkandung dalam gula-gula yang tular dan didakwa mengandungi bahan terlarang merupakan bahan pewarna makanan yang dibenarkan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, bahan berkenaan tidak berbahaya kepada kanak-kanak, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan, ia boleh menyebabkan simptom gangguan tumpuan. Hussein menjelaskan, bahan tersebut bukan dadah atau bahan terlarang di bawah…










