Bekas Menteri Pendidikan ke-14 meninggal dunia

Bekas Menteri Pendidikan ke-14 meninggal dunia

MUSA MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Musa Mohamad, 81, meninggal dunia, malam ini.

Difahamkam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 7 malam tadi.

Berita kematiannya dikongsi oleh Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

“Mendapat khabar duka yang Naib Canselor USM ketiga, Tan Sri Musa Mohamad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diletakkan bersama-sama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Menurut Mohamad, USM banyak terhutang budi kepada Allahyarham terutamanya dalam pembangunan fizikal dan akademik termasuk meletakkan asas yang kukuh kepada Pengajian Sains Perubatan dan Kejuruteraan.

“Seorang yang tegas dan berpandangan jauh, jovial, berprinsip serta berhati mulia.

“Secara peribadi saya banyak terhutang budi kepada beliau yang mencorakkan cara bekerja dan pemikiran sepanjang perkhidmatan di USM,” katanya.

Allahyarham Musa berkhidmat sebagai Naib Canselor USM dari 1982 hingga 1995 dan menyandang jawatan Menteri Pendidikan ke-14 bermula 1999 hingga 2004. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN