Tugas Agensi Pintu Masuk dan Sempadan mula 1 Mei - Anwar

Tugas Agensi Pintu Masuk dan Sempadan mula 1 Mei – Anwar

ANWAR Ibrahim menyaksikan KSU KDN, Datuk Ruji Ubi menyerahkan dokumen terma rujukan MCBA kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki (dua kanan) pada Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan MCBA di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) akan mula melaksanakan tugas bermula 1 Mei ini.

Perdana Menteri menegaskan , semua agensi-agensi penguatkuasaan dan kementerian terlbat seperti Jabatan Imigesen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia diarahkan untuk meletakkan pegawai-pegawai di sempadan utama dan memulakan tugas segera.

“Undang-undang (penubuhan agensi ini) hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai, tetapi pada 1 mei adalah bermula punca kuasa pada perkara-perkara berkenaan. Bermakna dari polis, Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Imigresen sebagai punca kuasa.

“Oleh demikian semua jabatan dan kementerian harus menerima arahan ini meletakkan pegawai-pegawai di sempadan utama sekarang dan melaksanakan tugas dengan Ketua Pengarah Datuk Seri Hazani Ghazali yang mempunyai tugas besar untuk jaga seluruh sempadan kita.

“Semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan ini secara serius dan melaksanakannya sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Anwar berkata, agensi ini merupakan satu agensi yang boleh menyelaraskan dan memastikan pelaksanaan baik, licin dan kelulusan kemasukan disegerakan selain kawalan keselamatan dijaga dan segala kebocoran dan penyeludupan dihentikan.

“Ini tugas besar Hazani dan keluarga MCBA dan saya percaya mereka dapat melaksanakan tugas sebaiknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN