Tabung Haji sedia pakar fisioterapi untuk jemaah

Tabung Haji sedia pakar fisioterapi untuk jemaah

PAKAR fisioterapi memberi penerangan kepada salah seorang jemaah haji mengenai regangan otot dan sendi di Hotel Abraj Al-Janadriyah, Mekah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berusaha menambah baik perkhidmatan kesihatan untuk jemaah haji termasuk menyediakan perkhidmatan fisioterapi.

Penyelaras Operasi (Unit Ke­sihatan Awam) Tabung Haji, Dr. Asraf Ahmad Qamruddin berkata, perkhid­matan tersebut disediakan menerusi Program Ziarah Rahmah akan disertai pakar yang berkongsi tips dan nasihat dengan jemaah terutama mengenai pergerakan atau regangan otot.

Selain itu katanya, anggota unit tersebut akan datang ke setiap bilik jemaah haji untuk memastikan keadaan fizikal berada pada tahan terbaik

“Selalunya di tanah suci, jemaah haji perlu melakukan perjalanan yang lebih jauh daripada kebiasaannya di Malaysia.

“Justeru kita akan tunjukkan cara-cara senaman yang perlu dilakukan bagi memastikan jemaah kekal cergas. Malah jika ada yang mengalami masalah sendi atau otot kita boleh kenal pasti lebih awal,” katanya di sini semalam.

Tambah Dr. Asraf, Program Ziarah Rahmah yang diper­kenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah lawatan dari bilik ke bilik untuk memeriksa keadaan kesihatan jemaah haji bagi membantu mengesan lebih awal masalah kesihatan yang dihadapi jemaah haji bagi mengelak ia menjadi bertambah serius.

Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan fisioterapi dalam Program Ziarah Rahmah, ia secara tidak langsung membantu jemaah haji meningkatkan kesedaran tentang risiko kecederaan.

“Jika jemaah haji ada sebarang kemusykilan mengenai masalah kesihatan mereka boleh terus bertanya kepada pegawai perubatan ketika lawatan dibuat.

“Ini kerana jemaah haji di tanah suci selalunya perlu me­lakukan perjalanan yang lebih jauh daripada kebiasaan di Malaysia,”ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Asraf berkata, pihaknya sudah melaksanakan ziarah berkenaan di 500 bilik Makkah dan Madinah.

“Kami juga sudah pergi ke lebih 500 bilik serta menemui lebih 800 jemaah. Kebiasaannya masalah utama yang dihadapi jemaah adalah keperluan mengambil air.

“ Walaupun sudah diingatkan ada jemaah yang masih kurang jelas berapa banyak jumlah air yang perlu diambil dan ada jemaah yang takut jika minum banyak air mereka perlu ke ke­rap ke tandas,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×