SETIU: Sepasang suami isteri bersama seorang anak saudaranya berdepan detik cemas apabila terperangkap di tebing sungai akibat kepala air di Lata Payong, di sini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa berkata, pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima maklumat berkenaan kira-kira pukul 5.20 petang semalam. “Semasa kejadian satu keluarga yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa, empat perempuan dewasa dan satu kanak-kanak sedang melakukan…