Penduduk bimbang hakisan tanah semakin teruk

Penduduk bimbang hakisan tanah semakin teruk

AYU Azura Ibrahim menunjukkan hakisan tanah berlaku berhampiran rumahnya di Jalan Kenanga 17, Taman Satria, Senawang, Seremban. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penduduk di Jalan Kenanga 17, Taman Satria, Se­nawang di sini tidak tidur lena kerana bimbang berlaku hakisan tanah yang berisiko menyebabkan tanah runtuh dan longkang pecah berhampiran rumah mereka.

Masalah itu semakin merisaukan setiap kali hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah menjadi lebih teruk.

Seorang penduduk, Ayu Azura Ibrahim, 38, berkata, pada mulanya hakisan tanah berse­belahan rumahnya itu kecil sahaja namun tidak menyangka keadaan bertambah teruk ke­belakangan ini.

“Longkang besar tepi rumah saya pula, air mengalir de­ngan laju, dikhuatiri juga menjadi punca tanah cepat mendap. Lebih membimbangkan, tiang elektrik yang terdapat di situ juga turut condong.

“Melihat keadaan itu, saya sudah membawa isu ini ke pengetahuan pihak berwajib termasuklah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), kerana ia turut membabitkan jalan utama, rumah saya dan tiang elektrik.

“Namun sehingga kini mereka hanya memasang penahan sahaja di tempat hakisan tanah yang berlaku dan tidak membuat kerja-kerja pembaikan bagi menghentikan hakisan itu secara menyeluruh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Ayu, dia sekeluarga kini hidup dalam kebimba­ngan apatah lagi beberapa kesan keretakan berlaku di kawasan rumah.

“Saya sehingga takut untuk meletakkan kereta di kawasan tempat letak kereta di dalam rumah kerana terdapat beberapa keretakan. Pintu pagar rumah pun tidak boleh tutup.

“Disebabkan retakan itu, turut menyebabkan sebahagian konkrit di tempat letak kereta runtuh. Sudah tentu, situasi ini boleh mengancam nyawa serta keselamatan kami sekeluarga, lagi-lagi saya menjaga anak asuhan,”katanya.

Tinjauan ke lokasi itu semalam mendapati terdapat kerja-kerja awal telah dibuat bagi mengatasi hakisan tanah mendap berlaku.

Sementara itu, MBS menerusi kenyataan dikeluarkan semalam berkata, kontraktor baharu akan dilantik pada minggu ini bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN