Pekerja Gig terus bergelut tanpa faedah KWSP

Pekerja Gig terus bergelut tanpa faedah KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekerja gig (e-hailing) di Malaysia perlu menelan realiti tatkala ini, pekerjaan gig tidak ditawarkan faedah tabungan simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang biasa dinikmati oleh pekerjaaan tradisional.

Ketua Aktivis Gabungan eHailing, Jose Rizal berkata,pihak persatuan dan pemandu mengusahakan pelbagai inisiatif dari segenap peringkat, akan tetapi perubahan yang diharapkan masih lagi buntu.

“Hal ini seakan suatu pakatan di antara pihak berwajib dan syarikat di mana terdapat banyak sekali tekanan dari pelbagai sudut yang kita boleh lihat dari kenyataan-kenyataan media dan temu ramah yang dipaparkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya,tanpa iltizam dan keberanian politik oleh pihak kerajaan ianya agak sukar untuk diselesaikan secara baik dan berhemah.

“Di manakah silapnya atau siapakah yang sengaja membiarkan keadaan ini? Tepuk dada, tanya selera,” katanya.

Jose berkata,rata-rata pekerja gig (ehailing) yang d temui menyatakan perkara seperti kesejahteraan kewangan dan pelaburan persaraan namun begitu “jauh panggang daripada api”.

“Hal ini kerana situasi sebenar yang di lalui oleh pekerja gig sektor penghantaran penumpang atau eHailing di Malaysia adalah seakan-akan “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

“Syarikat Grab yang merupakan pendahulu pasaran mendominasi pasaran Malaysia menawarkan kadar upah tidak masuk akal sebanyak 25 sen sekilometer pada masa kini,” katanya.

Tambahnya, dia menyambut baik pengumuman oleh pihak KWSP berkaitan Akaun Fleksibel (Akaun 3) yang dilaksanakan.

“Tahniah dan terima kasih terhadap seluruh kepimpinan KWSP, Ini adalah satu langkah ke hadapan dan sebuah evolusi terhadap sistem persaraan di Malaysia,” jelasnya.

Beliau berharap agar untuk komuniti gig (e-hailing) harus di susuli dengan pindaan akta tertentu dengan mewajibkan simpanan kepada penggiat dan pekerja gig.

“Syarikat aplikasi juga perlu wajib membayar sebahagian peratusan yang perlu di tetapkan demi menjamin kelestarian komuniti gig” katanya.

Jose juga berharap usaha yang dibuat tidak berhenti dan diteruskan dengan beberapa pindaan dasar yang lebih progresif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN