SUNGAI PETANI: Lebih 50 penduduk di Kampung Pulau Sayak, di sini terus hidup dalam tekanan berikutan masalah gangguan bekalan air yang masih membelenggu sejak lebih 40 tahun lalu. Penduduk, Taufik Ahmad, 37, berkata, masalah air di kawasan itu berpunca daripada tekanan air rendah berikutan rumah mereka terletak di kedudukan lebih tinggi di atas bukit. Katanya, sebelum ini pihak Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka dengan kerjasama Syarikat Air Darul Aman (SADA)…