KL tidak boleh terlalu fokus pembangunan 

KL tidak boleh terlalu fokus pembangunan 

ZALIHA Mustafa (tengah) dalam majlis pelancaran Geran Kreatif KL di Semua House, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/ SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu negara tidak boleh terlalu fokus kepada pembangunan ekonomi semata-mata sebaliknya perlu dinaik taraf sebagai hab budaya dan kreativiti dinamik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, sehubungan itu kerajaan komited untuk memperbaharui pusat bandar Kuala Lumpur supaya dapat memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya amat mengalu-alukan usaha untuk memberi nafas baharu Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah kreatif dan kebudayaan yang dirujuk sebagai Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD).

“Kuala Lumpur sebagai ibu kota negara, bukan sahaja perlu diberi fokus kepada pusat ekonomi semata-mata, tetapi juga perlu dinaik taraf sebagai hab budaya dan kreativiti yang dinamik.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program Geran Kreatif KL sempena pembukaan semula Semua House di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, kerajaan akan mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan projek-projek kemegahan dengan meningkatkan usaha untuk menjadikan pusat bandar Kuala Lumpur sebagai destinasi kreatif bertaraf dunia.

“Ini bagi memastikan bandar Kuala Lumpur terus relevan dan berdaya saing di persada antarabangsa dengan menampilkan keunikan melalui pembaharuan serta warisan budaya supaya dapat menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN