KUALA LUMPUR: Ibu negara tidak boleh terlalu fokus kepada pembangunan ekonomi semata-mata sebaliknya perlu dinaik taraf sebagai hab budaya dan kreativiti dinamik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, sehubungan itu kerajaan komited untuk memperbaharui pusat bandar Kuala Lumpur supaya dapat memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. “Saya amat mengalu-alukan usaha untuk memberi nafas baharu Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah kreatif dan kebudayaan yang dirujuk sebagai…