KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat tahun lalu. Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Tertuduh adalah bekas setiausaha politik Hamzah…