Jojo buru aksi ulangan dengan Ondash

Jojo buru aksi ulangan dengan Ondash

MUHAMMAD Johan Ghazali Zulfikar (kanan) ketika menentang Ramadan Ondash pada aksi ONE Friday Fights 164 & The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Julai lalu. - IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengidamkan  pertarungan semula bersama petarung Lubnan, Ramadan Ondash.

Petarung yang lebih dikenali sebagai Jojo itu mengakui pertemuan semula dengan jaguh Lubnan berkenaan adalah pertarungan paling diidamkannya ketika ini selepas beberapa kali berdepan lawan pilihan ONE Championship.

Atlet berusia 19 tahun itu berkata, beliau tidak pernah cerewet atau menolak mana-mana lawan yang ditawarkan kepadanya, termasuk Johan Estupinan dan Diego Paez.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Jojo menegaskan kedua-dua pertarungan itu bukan atas permintaannya, sebaliknya ditentukan oleh pihak ONE Championship.

“Itulah satu-satunya pertarungan yang saya benar-benar mahukan.Pertarungan lain, saya beritahu ONE Championship supaya berikan sahaja sesiapa pun sebagai lawan. 

“Mereka kemudian memberikan Estupinan dan sebelum itu Diego Paez. Semua itu bukan saya yang minta, sebaliknya mereka yang tentukan dan saya tidak pernah menolak,” katanya menerusi satu siaran langsung di media sosial.

Mengulas peluang untuk kembali bertemu Ondash, Jojo mengakui perkara itu masih belum menemui kepastian, namun berharap impiannya dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, segala-galanya bergantung kepada kesediaan petarung Lubnan itu untuk menerima cabaran berkenaan dan beliau tidak mahu memaksa jika lawannya tidak berminat.

Sebelum ini, Jojo terpaksa akur dengan kekalahan menerusi keputusan ‘split decision’ selepas mengharungi pertarungan sengit sebanyak tiga pusingan pada aksi ONE Friday Fights 164 & The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini