Ahli Parlimen mana bantah kenaikan gaji penjawat awam? - Anwar

Ahli Parlimen mana bantah kenaikan gaji penjawat awam? – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam akan diluluskan di Parlimen secara bergaya sebelum ia dilaksanakan pada 1 Disember nanti.

Perdana Menteri berkata, ia setelah mengambil kira sokongan yang diterima daripada kebanyakan ahli Parlimen termasuk ketua parti politik negara.

Kata beliau, antara yang memberi sokongan berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya nak ucap terima kasih kepada keluarga penjawat awam umumnya, kerana sambut begitu baik pengumuman ini. Tetapi kita tidak boleh halang beberapa kenyataan yang hambar.

“(Ada yang kata) ini pengumuman Anwar untuk laksana Disember, mana tahu Parlimen tak lulus? Saya nak tanya Ahli Parlimen mana yang nak bantah? kalau bantah, kita humban pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan sokongan itu juga ia sudah cukup majoriti dalam memenuhi hasrat itu di Parlimen.

“Ini sudah cukup majoroti, saudara-saudara jangan bimbang Insha-Allah Parlimen akan luluskan dengan bargaya kepuutusan kita ini supaya kita dapat laksana 1 Disember ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN