Waris mangsa helikopter terhempas tiba di HRPB - Utusan Malaysia

Waris mangsa helikopter terhempas tiba di HRPB

SUASANA tenang dan terkawal di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suasana terkini di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tenang dan terkawal di sebalik kehadiran waris-waris 10 orang mangsa tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi.

Tinjauan setakat pukul 8 malam ini mendapati, kebanyakan waris tiba bersama 10 van jenazah yang mangsa di hospital itu.

Pengamal media tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan jabatan forensik itu untuk membuat liputan.

Selain itu, majoriti waris mengelak daripada ditemubual oleh pihak media kerana masih bersedih kerana kehilangan insan yang mereka sayangi.

TLDM dalam kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi.

Katanya, insiden itu melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×