Jenazah mendiang Joanna Felicia akan dibawa ke rumah sebelum dikebumikan 

Jenazah mendiang Joanna Felicia akan dibawa ke rumah sebelum dikebumikan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jenazah mendiang kru wanita yang terkorban dalam kejadian pertembungan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas I, Joanna Felicia anak Rohna dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Serian sekitar jam 3 petang hari ini. 

Difahamkan, jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Kampung Engkaroh, Tebakang di Serian. 

Joanna Felicia, yang sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak, antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Nahas itu menyebabkan 10 pegawai dan anggota TLDM ter­ma­suk tiga wanita dari Skuadron 502 yang berpangkalan di Lumut dan Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah terkorban.

Dua pesawat itu iaitu model Fennec dan HOM AW139 yang berlepas dari Padang Sitiawan kira-kira pukul 9.03 pagi dipercayai bertembung ketika mela­kukan latihan penerbangan sebelum terhempas.

Pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut manakala HOM AW139 di Stadium TLDM Lumut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×