Nahas TLDM: Tiga jenazah selesai bedah siasat - Utusan Malaysia

Nahas TLDM: Tiga jenazah selesai bedah siasat

KEADAAN di Jabatan Forensik HRPB Ipoh bagi urusan menuntut jenazah kesemua mangsa nahas dua helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jenazah tiga daripada 10 mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam, selesai dibedah siasat malam tadi.

Difahamkan, proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) itu membabitkan tiga mangsa wanita.

Proses bedah siasat tujuh mangsa lain pula disambung hari ini sebelum jenazah kesemua mereka dituntut waris untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, puluhan ahli keluarga mangsa mula berkumpul di Jabatan Forensik HRPB sejak pukul 7 pagi tadi.

Kehadiran mereka antara lain bagi menuntut jenazah yang akan dikebumikan mengikut istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Suasana di pekarangan Jabatan Forensik HRPB tenang dan terkawal di mana turut kelihatan beberapa kenderaan membawa pegawai tentera memasuki rumah mayat itu.

Terdahulu, dua helikopter milik TLDM terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32 pagi, semalam.

Nahas itu menyebabkan 10 pegawai dan anggota TLDM ter­ma­suk tiga wanita dari Skuadron 502 yang berpangkalan di Lumut dan Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah terkorban.

Dua pesawat itu iaitu model Fennec dan HOM AW139 yang berlepas dari Padang Sitiawan kira-kira pukul 9.03 pagi dipercayai bertembung ketika mela­kukan latihan penerbangan sebelum terhempas.

Pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut manakala AW139 di Stadium TLDM Lumut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×