Helikopter terbangkan lembu selepas terperangkap dalam lumpur - Utusan Malaysia

Helikopter terbangkan lembu selepas terperangkap dalam lumpur

SEEKOR lembu diangkut dengan menggunakan helikopter. - GMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebuah video tular merakamkan detik unik dan mendebarkan apabila seekor lembu terpaksa diangkut menerusi udara menggunakan helikopter selepas terperangkap dalam lumpur di kawasan pegunungan di Perancis.

Haiwan yang dinamakan Vahine itu ditemukan tersangkut pada 11 September lalu.

Lembu itu terperangkap ketika sedang meragut rumput di banjaran Pyrenees dan gagal melepaskan diri daripada kawasan cerun yang curam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laluan ke lokasi kejadian yang tidak dapat diakses oleh kenderaan darat memaksa pasukan penyelamat menggunakan helikopter bagi memindahkan lembu berkenaan.

Vahine dipakaikan dengan tali anduh khas sebelum diangkat dan diterbangkan ke kawasan selamat.

Ia sekali gus menarik perhatian dan rasa kagum dalam kalangan pengunjung yang menyaksikan kejadian itu.

Seorang saksi kejadian, Olympe Provest, menceritakan detik cemas  ketika melihat operasi menyelamat luar biasa itu.

“Kami sangat terkejut, berasa kagum dan yang paling utama, kami tertanya-tanya bagaimana keadaan lembu itu. Mengapakah lembu itu diangkut sedemikian rupa dan sama ada ia ‘menikmati’ pengalaman terbang di udara,” tambahnya.

Ujarnya, mereka kemudian dimaklumkan bahawa lembu berkenaan telah terperangkap lama dalam lumpur dan berada dalam keadaan terlalu lemah untuk berjalan turun secara bersendirian.

“Memandangkan kenderaan tidak boleh naik ke kawasan cerun tersebut, pihak penyelamat tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan helikopter,” katanya lagi.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×