Tunggakan bil air di Perlis cecah RM34.84 juta - Utusan Malaysia

Tunggakan bil air di Perlis cecah RM34.84 juta

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada istiadat perasmian penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tunggakan bil air di negeri ini mencecah sehingga RM34.84 juta.

Justeru, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihati semua pengguna bekalan air di negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air tersebut.

“Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak, Insyal-Allah pengurusan bekalan air di negeri ini dapat dipertingkatkan,” titah baginda

Titah ucapan baginda itu dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN di sini hari ini.

Seterusnya baginda bertitah, perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan.

Titah baginda, isu kadar Air tidak Berhasil (NRW) juga masih tinggi, iaitu pada kadar 62.5 peratus.

“Dalam hubungan ini, beta mengambil maklum bahawa kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi geran kepada semua negeri yang mempunyai kadar Air Tidak Berhasil (NRW) melebihi 50 peratus.

“Diharapkan agar kerjasama ini dapat membantu kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya