Kebakaran hutan: Malaysia dapatkan sokongan Asia Barat, bantu Indonesia

Kebakaran hutan: Malaysia dapatkan sokongan Asia Barat, bantu Indonesia

MOHAMAD Hasan menyampaikan Sumbangan Deepavali kepada penerima Peringkat DUN Rantau di Dewan Komuniti Rantau, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan yang semakin meluas termasuk mendapatkan sokongan negara-negara Asia Barat.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan keperluan bantuan berkenaan.

“Saya bersetuju juga dengan Menteri Luar Arab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syeikh Abdullah Zayed Al Nahyan semalam. Beliau mengatakan jika perlukan bantuan daripada mereka, beliau bersedia dengan rakan-rakan yang lain untuk menghantarkan bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika perlukan itu, saya akan bawa perkara ini kepada rakan-rakan sejawat daripada negara-negara Teluk untuk menghantar apa juga bantuan yang diperlukan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Deepavali kepada penerima Peringkat Dewan Udangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Komuniti Rantau, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, usaha memadamkan kebakaran hutan yang melibatkan kawasan luas dan terletak jauh dari penempatan bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila berdepan kekangan operasi serta faktor keselamatan penerbangan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan operasi pemadaman sukar dilaksanakan, termasuk menggunakan pesawat berikutan tahap penglihatan yang rendah.

“Mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, pesawat tidak dibenarkan terbang. Malah, pasukan dari Jepun yang datang membantu pun sudah pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, perkara berhubung pendedahan syarikat tempatan yang didakwa terlibat dalam pembakaran hutan itu diserahkan kepada kerajaan Indonesia.

“Itu terpulang kepada beliaulah, saya tak mahu komen,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Yeman selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Republik Yaman, Dr. Afrah Abdulaziz Al-Zouba semalam.

“Malaysia bersedia untuk kita menyertai apa-apa saja misi bantuan ataupun menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang memerlukan bantuan setakat yang kita mampu,” katanya.

Beliau juga berharap perang saudara di Yeman dapat dihentikan kerana konflik berkenaan tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat negara itu.

“Kita minta supaya pihak-pihak yang berkepentingan daripada luar itu duduk semeja agar rakyat negara Yaman dapat menikmati kehidupan yang sejahtera,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini