Raja Perlis ziarah Dr. Mahathir di IJN

Raja Perlis ziarah Dr. Mahathir di IJN

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Facebook Dr. Mahathir hari ini.

29 September lalu, Utusan Malaysia melaporkan Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian perubatan susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir dilaporkan berkata, keadaan bapanya ketika itu baik, namun keluarga mengambil keputusan membawanya ke IJN supaya beliau mendapat perhatian perubatan selepas kehilangan tersebut. 

Dr. Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pada pukul 9.20 pagi, 28 September lalu pada usia 100 tahun dengan berita pemergiannya disahkan oleh Mokhzani. 

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini