Tindakan tegas pihak main sentimen kaum, agama

Tindakan tegas pihak main sentimen kaum, agama

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Seri Perdana Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan digesa bertindak tegas menurut lunas perundangan dalam menangani tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan.

Ketetapan itu dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung petang tadi di Seri Perdana di sini dan mahu kerajaan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu mampu mengancam keharmonian negara dan kerukunan masyarakat pelbagai kaum.

“Semua parti Kerajaan Perpaduan bersepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum.

“Dengan pendekatan kesederhanaan bagi menjamin kestabilan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar-dasar yang boleh mensejahterakan rakyat.

“Ini terutamanya bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Katanya, mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti-parti Kerajaan Perpaduan.

“Penyelarasan dan penyeragaman gerakkerja jentera Pilihan Raya Kecil (PRK), parti-parti Kerajaan Perpaduan akan dipengerusikan bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya