KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) seorang nelayan warganegara Thailand yang dikhuatiri lemas ketika keluar menangkap ikan di perairan Kemaman terpaksa ditamatkan selepas tiga hari pencarian. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, operasi tersebut ditamatkan kira-kira pukul 7 petang semalam selepas tiada sebarang petunjuk positif mengenai kehilangan Abdullah Dueramee, 48. Menurutnya, pencarian mangsa selama tiga hari melibatkan tiga aset Maritim Malaysia dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)…