Kerajaan Perpaduan setuju salur peruntukan kepada pembangkang

Kerajaan Perpaduan setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Seri Perdana Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat itu di Sri Perdana, di sini semalam.

Menurut beliau, ke arah itu satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam mesyuarat berkenaan semalam, antara pimpinan yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebelum ini Fadillah berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ia susulan perjumpaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengannya di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN