Hamil? Tak adalah - Angelina Tan - Utusan Malaysia

Hamil? Tak adalah – Angelina Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Hamil? Tak adalah.”

Demikian jawapan ringkas, pelakon, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 57, apabila berdepan dakwaan sedang hamil anak pertama dengan suami, pengarah, Sabri Yunus.

Jawab pelakon itu, dia sendiri tidak tahu bagaimana khabar angin tersebut boleh tersebar.

“Tak adalah. Tidak tahu siapa yang kata,” ujarnya.

Desas desus tersebut mula mendapat perhatian apabila seorang individu meninggalkan komen di ruangan Facebook milik pelakon itu dengan ucapan tahniah.

Respons tersebut diberikan terhadap pertanyaan seorang individu mengenai desas-desus kehamilannya dalam aplikasi Facebook.

“Tengok Facebook heboh mengatakan awak hamil. Kalau betul tahniah diucapkan,” ujar individu terbabit.

Dalam ruangan komen sama, ramai juga peminat yang mengucapkan tahniah di atas spekulasi tersebut sebelum pelakon itu tampil menafikan.

Untuk info, Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd. Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya