Denggi melonjak, 31 kematian setakat Mac lalu

Denggi melonjak, 31 kematian setakat Mac lalu

Denggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat denggi meningkat 58 peratus dengan Selangor merekodkan lokaliti  denggi paling tinggi dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini.

Pada Minggu Epidemiologi ke-13 iaitu 24 hingga 30 Mac, tiga kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 2, 579 kes demam denggi  dilaporkan pada Minggu Epidomiologi ke-13 (ME13) berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya. 

“ME13 telah melaporkan kumulatif kes demam denggi sebanyak 44,144 kes berbanding 28,587 kes bagi tempoh sama tahun lalu. 

“Terdapat 31 kematian akibat komplikasi demam denggi berbanding 18 kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya melalui kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, sejumlah 135 lokaliti hotspot telah dilaporkan pada ME13 dengan Selangor paling tinggi membabitkan 114 lokaliti. 

Baki 10 lagi lokaliti dicatatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Pulau Pinang (lima), Negeri Sembilan (empat) dan Kedah (dua).

Kata beliau, bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada ME13 dengan kumulatif 13 kes sehingga kini.

Bagi survelan zika, sebanyak 621 sampel darah dan sampel urin telah dijalankan saringan dengan semua keputusan negatif. 

Dalam pada itu, Radzi turut mengingatkan orang ramai memastikan persekitaran premis bebas daripada pembiakan nyamuk aedes berikutan fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei ini. 

“Aktiviti melupus atau mengitar semula bekas-bekas berpotensi pembiakan aedes di dalam dan luar rumah secara berjadual, sekurang-kurangnya 10 minit sekali seminggu mampu menghalang pembiakan jentik-jentik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN