BESUT: Co-opbank Pertama (CBP) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi kewangan menerusi pembukaan cawangan ke-33 di Jerteh, dekat sini, hari ini. Ketua Pegawai Komersialnya, Mohd. Faris Kamarudin berkata, cawangan Jerteh merupakan cawangan CBP ketiga di Terengganu selepas Kuala Terengganu dan Dungun. Menurutnya, pembukaan cawangan Jerteh adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat seiring dengan perancangan strategik CBP dalam mengembangkan sektor perniagaan di Terengganu. “Pembukaan cawangan baharu ini, menunjukkan CBP komited untuk mencapai…